Remaja,
Dirimu umpama lilin yang menyala,
Menerangi segala kegelapan diri,
Jika terpadam pincanglah hidupmu.
Remaja,
Zamanmu ketika ini hanya untuk mengejar kejayaan,
Bukan semata-mata mengejar alam percintaan,
Kerana cinta akan membuat engkau lali,
Serta mengabaikan pelajaran.
Remaja,
Segala tindak-tandukmu di luar jangkaan,
Segalanya penuh dengan dugaan dan pancaroba,
Kau mesti berfikir dan terus berfikir,
Sebelum membuat sebarang keputusan.
Remaja,
Ingatlah! bahawa pelajaran itu amat penting,
Penting dari segalanya termasuk cinta,
Apalagi yang ditunggu,
Carilah ilmu sebanyak yang mungkin,
Sehingga ke negeri China.
No comments:
Post a Comment